E-Pekak – Free Sign language Classes for the public (updated 240209)

KELAS BAHASA ISYARAT UNTUK UMUM /Sign language Classes for the public

Di bawah Projek Kementerian Kewangan Malaysia – Bajet 2007 / under Finance Ministry Project – Budget 2007

Kelas ini terbuka kepada :- /The classes are open to :-

  • Ibu bapa yang mempunyai anak Pekak / parents with deaf/mute child
  • Orang yang mempunyai sanak saudara Pekak / anyone who has deaf/mute relatives
  • Guru Sekolah Pendidkan Khas / Special Education teachers
  • Kakitangan Kerajaan / Government staffs
  • Majikan dan pekerja swasta / Employers and private employees
  • Orang ramai yang berminat mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia / Anyone interested in learning Malaysian Sign Language

Yuran adalah PERCUMA / Free

Borang Pendaftaran / click on the link for Registration Form

MASA : / TIME

  • Hari Sabtu dan Ahad (Untuk negeri-negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad) / Sat & Sun for states that have rest day on Sat & Sun
  • Hari Jumaat ( Kedah, Kelantan dan Terengganu) / Fri

TEMPAT : / VENUE

  • Selangor : MySL Training Centre, Menara KLH, Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor
  • Kuala Lumpur : Pearl International Hotel, Batu 5, Jln Klang Lama
  • Pusat Perkhidmatan Orang Pekak, Tgkt 4, Wisma MAIWP, Jln Tunku Abdul Rahman
  • Pulau Pinang : Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, Pulau Pinang
  • Johor : Hotel Selesa Johor Bahru, Jalan Dato’ Abdullah / Jalan Tebrau, Johor Bahru
  • Terengganu, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan: Tempat akan dimaklumkan kelak / to be announced soon

Sila hubungi / contact

  • E-Mel: epekak@pd.jaring.my
  • Tel: 03-8070 9308 / 8070 8930
  • Fax: 03-8076 1090

Info taken from Official site: E-Pekak (new website but it’s totally not informative), E-Pekak (old site removed)

Useful links to find jobs:

/ translated by MJ

Advertisements

16 thoughts on “E-Pekak – Free Sign language Classes for the public (updated 240209)

  1. Pingback: Malaysian Federation of the Deaf (MFD) « PASIM | Promotions and Sales in Malaysia

  2. Pingback: Malaysian Federation of the Deaf (MFD) « United Unlimited

  3. sy ni kurang arif pasal orang pekak…boleh terangkan kenapa sestengah orang pekak ini agak biadap pada orang normal…ada sesiapa tolong jawabkan x….

    • kerana mereka tidak dapat mendengar…so..sensitiviti tiada..
      dan kadang2 mereka xdpt luahkan perasaan mcm orang normal..mereka cuma berbeza bkn biadap..

    • Assalamualaikum. Saya ingin share experience saya bila berhadapan dengan orang OKU. Mungkin Tulip kurang bernasib baik kerana menghadapi situasi tersebut. Saya salah seorang training provider yang menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran di dalam bidang jahitan kepada OKU. Sepanjang pengalaman saya, memang ada segelintir daripada mereka yang berperangai sedemikian. Mungkin disebabkan kasih dan sayangnya serta simpati ibu bapa dan keluarga yang menyebabkan mereka jadi begitu. Apa yang saya lakukan adalah memastikan mereka dilayan seperti orang normal. Apa yang salah tetap salah. Sentiasa menegur dan memotivasikan mereka. Alhamdulillah selepas tamat latihan, mereka berubah dan lebih positif. Kunci utamanya kena banyak bersabar dan teruskan usaha mendidik.

  4. Salam, i’m an interpreter in court i’m so keen to know abt sing language currently taking sing language course from YMCA but still need a lot of improvement. Any idea how to improve?

    • Practice make perfect! Kena selalu berbahasa isyarat. Kalau tidak mudah lupa sebab kebanyakan isyarat yang digunakan hampir sama dan ada antaranya boleh shortcut kan sign tu. Saya masih lagi belajar walaupun dah hampir 3 tahun bersama mereka.

  5. assalamualaikum wth wbt

    saya percaya anda amat bernasib baik kerana tidak pekak..maka nasib baik itu menjadikan anda gagal mengerti tentang perbezaan dunia anda dengan dunia orang pekak. utk pengetahuan anda insan yang pekak terutamanya yang mengalami masalah ini akan kehilangan kemahiran bertutur yang seterusnya membantutkan perkembangan intelektualisme. maka berkemungkinan mereka gagal menguasai kemahiran hidup bersosial. tingkahlaku mereka sesetengahnya kelihatan kasar. tetapi hakikatnya mereka tidak dilahirkan untuk ~biadap~. pernahkah anda mengira jumlah perbelanjaan pendidikan utk mendidik kanak2 cacat berbanding kanak2 normal yang diperuntukkan oleh kerajaan.? utk pengetahuan anda amat kecil nilai perkapitanya. ini membantutkan meningkatkan kualiti mereka secara sahsiah dan mental. apatah lagi masyarakat tidak prihatin ttg mereka ini.

  6. Saya pernah pergi ke Wisma MAIWP untuk hadir kelas bahasa isyarat dan sebelum pergi saya telah hubungi nombor telefon yang diberi seperti diatas untuk menanya samada kelas ini memang percuma untuk orang ramai yang berminat untuk belajar bahasa isyarat dan jawapannya ‘ya’. Saya diberitahu kelas pertama akan dibuka pada sekian tarik dan masa boleh pergi terus. Jadi, saya pun pergi ke sana dan menunggu cikgu yang ajar…setengah jam telah berlalu, beberapa orang yang berminat telah sampai dan kami disuruh isi borang lepas itu diberitahu untuk buat bayaran…

    Dengan tanya soal besar atas kepala saya, saya tanya seorang penolong cikgu bukan ke kelas ini percuma seperti di dalam laman web ? Penolong itu kata kelas ini bukan percuma, kelas ini perlu dibayar! Saya berasa sangat kecewa, kalau tiada kelas percuma untuk orang ramai jangan siarkan dalam laman web anda untuk kelirukan orang!

    Bayar pun tak apa tetapi keadaan bilik dan bangunan untuk belajar sangat tidak memuaskan….

    Saya harap pihak tertentu dapat buat sesuatu.

  7. Sekom…saya mmmg dah lama tertarik utk belajar bahasa isyarat malah saya merasakan bahwa bahasa isyarat yg digunakan oleh mereka yg istimewa nie amat menarik & unik sekali..sudah puas saya mencari merata cuma mungkin tak cukup bagus pencarian saya ttg maklumat pembelajaran bahasa isyarat ini..

    Saya pun teruja bila membaca di laman tuan yg pembelajaran bahasa isyarat ini adalah percuma.,..sungguh mulia pihak tuan tp apa yg diperkata oleh pembaca yg bernama Teresa itu bermain di pikiran saya..Apakah betul? saya pun tak kisah kalu ada bayaran dikenakan tp biarlah berbaloi dgn bayarannya..

    Saya pun berharap pihak tuan dpt menjelaskan keadaan yg sebenarnya.

  8. Assalamualaikum, Salam sejahtera…

    Saya amat bersetuju dengan En Mansor. Walaupun saya atau ahli keluarga tidak pekak, saya rasa isu ini agak sensitif. Biasalah kalau kita ada kekurangan dan tiada sokongan untuk mengatasi kekurangan tersebut, maka akan berlakulah perkara-perkara yang kita, orang normal rasakan tidak patut berlaku.

    Tidak sedikit kerajaan peruntukan untuk menyemai semangat kebangsaan contohnya melalui projek rintis bahasa tamil. Itu untuk mereka-meraka yang normal. Bagaimana pula untuk mereka yang pekak ?

    Mungkin kerajaan telah sumbangkan perkhidmatan percuma untuk kita yang normal belajar bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan mereka yang pekak ini. Selain dari mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pekak, berapa orang kah dari kita yang menyahut seruan ini (termasuk saya sendiri) ?

    Oleh itu saya mohon kepada webadmin supaya updatekan link yang mati atau sediakan penerangan yang lengkap bagaimana saya dapat mengikuti kelas ini.

    Terima kasih

  9. salam sejahtera saya merupakan seorang guru dan ingin mempelajari bahasa isyarat.saya juga membaca commment cik
    teressa.kalau kenakan bayaran pun boleh iklankan berapakah bayaran tersebut bagi memudahkan guru seperti saya mengikuti
    kelas tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s